Isnin, 30 Julai 2012

Kelebihan Membaca AlQuran dibulan Ramadhan


Apabila datangnya bulan Ramadhan kebiasaanya pihak sekolah dan asrama pasti akan mengadakan majlis tadarus Al Quran dan usrah untuk menghidupkan amalan membaca Al Quran di bulan Ramadhan. Kini masa belajar kat universiti atau diluar dari sekolah semuanya terletak pada tangan kita sendiri untuk menghidupkan amalan membaca ini. Jika kita tahu amalan membaca Al Quran ini satu amalan yang sangat berguna dan besar ganjarannya pasti kita kan rajin membacanya, ibarat jika kita membaca Al Quran tiba2 terjatuh duit RM 10 setiap satu patah perkataan, di bulan puasa plak jatuh RM1o k, umpama sahaja, tetapi sebenarnya ganjaran yang Allah swt bagi sangat besar jika dibandingkan dengan nilai duit. Jadi untuk menyemarakkan semangat membaca Al Quran di bulan Ramadhan ini, jom baca satu artikel yang saya petik dari laman JAIS.



Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia."

Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

RAsulullah s.a.w telah bersabda bermaksud :
" Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran

Al-Quran juga merupakan satu hidangan dari Allah. Sabda Rasulullah lagi bermaksud
" Sesungguhnya al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan ALlah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarnya. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
Daripada Ibnu Umar r.a berkata " Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.

Pahala membaca al-Quran
Dari Ibn Mas'ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim ' satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf"

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda
" Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai"

Kesimpulan
1. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran dengan berwuduk (diluar solat) = 1 kebajikan =10 pahala
2. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (dalam solat) = 100 kebajikan = 100 x 10 = 1000 pahala
3. Pahala membaca al-Quran, 1 huruf al-Quran (ketika berpuasa) =Cuba kira sendiri ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan