Rabu, 29 Ogos 2012

Kata-Kata Hikmat Al-Ghazali

  • Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
  • Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!
  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak – bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
  • Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
  •  Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  •  Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  •  Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
  • Ilmu yang pertama disebut  ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
  • Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
  • Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.
  • Nasehat itu mudah, yang musykil ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
  • Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
  • Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
  • Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar
  • Jika nafsu itu tiddak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan bur ma’rifat.
  • Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
  • Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan”
  • Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan