Ahad, 26 Ogos 2012

Teknik Belajar Berkesan

1. Instill (kesedaran dalam diri kita sendiri)
- sematkan semangat dan terus belajar.


2. Bijak menguruskan masa dan mendisiplinkan diri
- membuat jadual belajar-pastikan ikut jadual dan biasakan diri dengan situasi tersebut.
- ada masa untuk bermain (sport), belajar dan tidur.
- pilih masa yang sesuai untuk belajar.



3. Cara belajar dalam kelas
- dengar dan fahamkan apa yang diajar oleh guru.
- buat catatan yang ringkas yang mudah difahami tentang apa yang telah dipelajari.
- jangan malu untuk bertanya.


4. Cara untuk mengulangkaji di rumah/hostel
- pilih masa yang sesuai untuk buat kerja rumah dan ulangkaji.
- tumpukan sepenuh perhatian tentang papa yang dibaca.
- buat nota ringkas.


5. Belajar berkumpulan
- pilih kawan diskusi dalam lingkungan 3 hingga 5 orang.
- setiap ahli kumpulan mesti main peranan.
- lantik ketua dan buat etika kumpulan.
- main cikgu-cikgu.


6. Jadikan sesuatu sebagai sumber inspirasi
- mengenang kembali kesusahan ibu-bapa.
- mengambil contoh orang-orang yang telah berjaya.


7. Membuat target
- sematkan dalam diri untuk mencapai target yang itnggi.
- target jangka pendek dan jangka panjang.


8. Ikhlas dan minat dalam semua mata pelajaran.
- jangan pilih kasih.
- jangan kedekut ilmu, bincang dengan kawan.
- kalau tak minat sesuatu subjek, cuba cari kelemahan dan sesuatu yang menarik tentang subjek itu dan cuba atasi kelemahan tersebut.


9. Memilih keberkatan ilmu
- guna waktu dan kesempatan untuk perkara penting-tinggalkan perkara yang remeh-temeh.
- sebelum belajar, pastikan sedah mengulangkaji bab yang telah diajar sebelum itu.
- semasa guru mengajar, jangan buat bisisng.
- hormat terhadap buku pelajaran.


10. Adab belajar terhadap guru
- rendah diri, jangan riak dan sombong.
- bersungguh dalam belajar.
- jika tidak faham, terus rujuk kepada guru.


11. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.


USAHA + DOA + TAWAKKAL = KEJAYAAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan