Ahad, 16 Disember 2012

Tips Mendapatkan Pahala Yang Berterusan




Amalan yang boleh kita buat untuk dapat pahala berterusan walaupun selepas kita dah mati...

1) Beri naskhah Al-Quran kepada sesiapa. Setiap kali dia baca kita akan dapat pahala.
2) Derma wheelchair kat hospital. Setiap kali orang sakit pakai, kita akan dapat pahala.
3) Terlibat dalam pembinaan masjid, walaupun sekadar menderma.
4) Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walau selepas mati .
5) Letak water cooler kat tempat awam.
6) Tanam pokok. Kita akan dapat pahala jika orang atau haiwan duduk berlindung di bawahnya atau makan hasilnya.
7) Beri makanan kpd orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .
8) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada.
9) Beri baju kepada orang, setiap kali org pakai , anda dpt pahala.
10) Ni yang paling simple sekali. Share benda ni kat orang lain. Jika diorang buat mana-mana benda kat atas nie, insyaAllah kita akan dapat pahala berterusan daripada Allah.

Sebenarnya banyak lagi benda-benda yang boleh kita buat untuk dapat pahala berterusan nie sampai la kita mati. Fikir-fikirkanlah ye. Macam-macam boleh buat. Selamat beramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan