Khamis, 17 Januari 2013

RINGKASAN : Perdagangan -Tingkatan 5 Bab1: PERBANKAN & ISTITUSI KEWANGAN LAIN






Sistem Perbankan
  1. Perbankan Konvensional
-                    mengamalkan sistem kapitalisme
-                    bertujuan untuk mendapatkan keuntungan
-                    penyimpan dan pemimjam wang diberi atau dikenakan faedah
  1. Perbankan Islam
-                    berdasarkan hokum Islam , iaitu prinsip-prinsip syarak dan syariah
-                    bertertaskan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat
-                    mengharam unsur-unsur gharar (ketidakpastian) , riba (faedah) , maisir (perjudian )
-                    mengamalkan pembahagian risiko antara pengusaha (peminjam) dengan pembiaya (bank)
  1. Perbezaan antara perbankan konvensional dengan perbankan Islam dapat dikesan dari segi :
-                    Dasar perniagaan
-                    Prinsip-prinsip perbankan
-                    Tujuan operasi perbankan
-                    Undang-undang perbankan
-                    Corak perlaburan

Jenis-jenis Bank

     1. Bank Pusat
-                    Matlamat bank pusat adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi negara menerusi perlaksanaan dasar kewangan kerajaan
-                    Funsi bank pusat ialah mengawal dan mengeluar mata wang negara
  1. Bank Perdagangan
-                    Diuruskan oleh pihak swasta
-                    Menerima simpanan , memberi kemudahan pembiayaan dan pembayaran
-                    Ada dua jenis pemilikan , iaitu Bank perdaganan milikan tempatan dan asing .
-                    Kerajaan menggalakan pergabungan bank untuk membentuk sistem perbankan yang kukuh bagi menghadapi era globalisasi
-                    Bank Islam berlandaskan syariah Islam dan mengamalkan prinsip-prinsip Wadiah , Mudharabah dan Musyarakah .
-                    Pengurusan bank islam tidak menerima unsur perbankan konvensional seperti riba , maisir , dan gharar
-                    Contoh Bank Islam ialah Bank Muamalat , Bank Islam Malaysia Berhad dan operasi perbankan Islam di bank-bank perdagangan seperti di Bank Bumiputera Malaysia Berhad
  1. Bank koperasi
-                    Fungsi bank koperasi ialah menyediakan perkhidmatan simpanan dan pinjaman
-                    Contoh bank koperasi ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat)
  1. Bank Badan Berkanun
-                 Funsi Bank Badan Berkanun adalah memberi bantuan kewangan dalam bentuk modal pinjaman
-                 Tiga jenis bank badan berkanun di Malaysia :
1.                 Bank Simpanan Nasional
2.                 Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
3.                 Bank PertanianMalaysia

5. Bank Saudagar
-                 Fungsi bank saudagar adalah menerima deposi daripada orang ramai
-                 Contoh bank saudagar ialah Affin Merchant Bank Berhad , Utama Merchant Bank dan Amanah Chase Merchant Bank

Pekhidmatan Bank Perdagangan 
  1. Bank perdagangan merupakan institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta .
  2. contohnya ialah Hong Leong Bank Berhad , Bank Bumipetera Commerce Berhad dan Maybank Berhad .
  3. Perkhidmatan bank perdagangan termasuklah :
a)      Menerima simpanan
-                    Akaun simpanan
-                    Akuaun semasa
-                    Akaun tetap
b)      Kemudahan pembayaran
-                    Pindahan kredit
-                    Arahan tetap untuk bayaran bulanan atau tahunan yang tetap seperti ansuran rumah dan premium insurans
-                    Cek jurubank
-                    Draf bank
-                    Pindahan telegraf
-                    Pindahan mel
-                    Perintah sedia ada
c)      Kemudahan pembiyaan
-                    Overdraf
-                    Pinjaman
-                    Mendiskaunkan bil
d)     Perkhidmatan lain
-                    Kad kredit
-                    Jaminan jurubank
-                    Peti simpanan malam
-                    Peti simpanan keselamatan
-                    Cek kembara
-                    E-banking
-                    Pertukaran mata wang asing
-                    Perbankan Islam
  1. Faktor-faktor yang dipertimbangkan semasa memohon pinjaman dan overdraf
-                    Tujuan pinjaman
-                    Kedudukan kewangan pemohon
-                    Nilai harta cagaran
-                    Dasar pusat
-                    Tempoh bayaran balik

CEK
  1. Pekhidmatan pembayaran dan penerimaan bayaran tanpa melibatkan wang tunai .
  2. Melibatkan tiga pihak , iaitu Bank berkenaan  , Penerima dan pemilik cek
  3. ada 3 jenis cek , iaitu Cek terbuka , Cek tertutup dan lain-lain .
  4. Sebab-sebab berlakunya cek tak layan
-          Berlakunya kesilapan dalam butiran cek seperti kesalahan tarikh , pertentangan angka dan perkataan
-          Perubahan cek yang tidak diendoskan
-          Tiada tandatangan penyuruh bayar
-          Tiada wang yang mencukupi dalam akaun penyuruh bayar cek
-          Cek terkoyak
  1. Faedah penggunaan cek :
-          Selamat kerana kehilangan cek mudah di kesan
-          Risiko kecurian yang rendah
-          Mudah dibawa yang dan boleh diposkan terus
-          Menjimatkan masa
  1. Kelemahan penggunaan cek
-          Cek tak layan mungkin akan berlaku
-          Bukan wang sah
-          Penipuan berlaku kerana senang ditiru
-          Caj bayaran dikenakan
-          Hanya dipakai oleh pemegang akaun semasa
-          Mesti ditunaikan di kaunter atau melalui akaun
  1. Biro Kredit
-          Ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 1988
-          Mengawasi ketunian cek supaya tidak melakukan cek tak layan
-          Menyimpan maklumat peribadi perseorangan untuk dirujuk oleh pihak bank sebelum meluluskan pemohonan pinjaman
-          Menyenarai hitamkan pemegang akaun semasa yang selalu melakukan cek tak layan
-          Memastikan penerima cek dapat menunaikan cek di bank

Institusi Kewangan Lain

1. Syarikat Pemfaktoran
-          Merupakan anak syarikat kepada bank perdagangan
-          Contoh : Public Leasing dan Factoring Sdn. Bhd. dan Maybank Factoring Berhad
-          Cara pemfaktoran ialah penjual menjual secara kredit kepada pelanggan dengan tempoh bayaran tertentu
2.      Syarikat Pajakan
-          Membeli aset modal seperti mesen , jentera , dan premis untuk disewakan kepada peniaga
-          Sepanjang tempoh menyewa , aset mahal merupakan hak milik syarikat pajakan
-          Membantu peniaga menggunakan aset tanpa membayar harga penuh atau cagaran
-          Contoh : Austral Leasing Sdn. Bhd. , Bank Pertanian dan Bank Islam
3.      Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)
-          Membeli jaminan kepada pinjaman peniaga kecil atau usahawan Industi Kecil dan Sederhana (IKS)
-          Membantu peniaga yang kehendak memohon pinjaman tetapi tidak mempunyai sebarang cagaran
-          Dilantik oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan IKS
-          Contoh jaminan kredit yang ada termasuklah Skim Jaminan Usahawan Kecil , Skim Jaminan Laluan terus dan lain-lain
  1. Syarikat Kewangan
-          Merupakan syarikat kewangan berlesen yang tertakluk kepada Akta Bank dan institusi Kewangan 1989
-          Contoh : Maybank Finance berhad , Public Finance Berhad , RHD Delta Finance Berhad dan Asia Commercial Finance
-          Perkhidmatan yang disediakan ialah kemudahan pinjaman , kemudahan sewa beli , akaun simpanan dan simpanan tetap dan kemudahan pemajakan
-          Tidak memberi kemudahan akaun simpanan semasa

3 ulasan: