Sekarang memang ada kebenarannya yang mana kalangan guru-guru terlalu sibuk dengan kerja pengkeranian
sehinggakan tugas utama, main core mengajar adakalanya terjejas. Agak
berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an, guru
dilihat fokus mengajar.
Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Najib
dan Tan Sri Muhyiddin sekarang ini sedang berusaha keras untuk membantu
menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di Malaysia hari
ini.
Beban Tugas Guru Dikurangkan!
Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
“Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik,” katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Cadangan Berita Semasa Untuk Kurangkan Beban Guru
- Pertama-tama sekali yang harus dilakukan ialah dengan mengurangkan keterlibatan golongan guru-guru atau murid-murid yang terlalu “fokus” dengan kehadiran menteri ke sesebuah sekolah ataupun apa jua program dan aktiviti berkaitan dengan parti.
- Kedua, kurangkan bilangan pelajar untuk sesebuah kelas. Sebenarnya, purata kecekapan pengajaran guru adalah hanya sekitar 23 – 28 orang murid untuk seorang guru sahaja. Jikalau ia dilaksanakan sistem penyampaian antara guru dengan muridnya akan masih dalam keadaan terkawal. Sekaligus dapat mengurangkan bebanan dan tekanan tugas guru sehingga 40%.
- Ketiga, ataupun boleh diwujudkan satu jawatan iaitu pembantu guru. Mungkin boleh dilaksanakan?
Apa yang kami perhatikan sekarang ini,
kalangan guru rata-ratanya dilihat beban tugas mereka semakin bertambah
dan bertambah berbanding di zaman 60-90. Jiau auu, Jikalau dahulu satu
kad laporan untuk seorang guru sahaja (guru kelas). Tetapi tidak
sekarang. Benar?
Sekarang satu kad laporan sehingga 2-4
guru berlainan mesti sediakan ulasannnya tersendiri. Bagaimana jikalau
guru tersebut mengajar 3 subjek dengan satu kelas purata 50 murid. Itu,
tidak masuk lagi tugasan yang lain lagi. Lagipun bilangan murid yang
mencecah 50 orang untuk satu-satu kelas sudah tidak relevan lagi.
Rombak….rombak….rombak!
Bagi kami apabila beban kerja diserahkan
kepada guru, guru akan kurang memberikan perhatian kepada murid kelas
sendiri secara peribadinya. Ini realiti yang berlaku hari ini. Apa kata
kalangan guru-guru, golongan ibubapa dan bekas pelajar sekolah sendiri
dengan sistem yang ada sekarang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan