Isnin, 1 April 2013

eg Tukar : 20,000 Guru Mohon Pindah. Muhyiddin Yaasin Minta Nasihat Guru Selesaikan Masalah Ini!!



eG tukar Guru : Selain daripada masalah SPPBS, kalangan guru juga menghadapi masalah di mana permohonan untuk tukar tempat mengajar kerap kali ditolak. Ada yang masih boleh terus menunggu dan ada juga yang sangat mengharpkan permohonan mereka untuk tukar diterima atas alasan-alasan yang tertentu.

Masalah permohonan pertukaran akan bertambah rumit apabila ia membabitkan negeri-negeri Pantai Timur yang menjadi tumpuan kalangan guru-guru untuk berpindah seperti di Kelantan, Terengganu & Kedah juga pun boleh tahan banyak permohonan untuk bertukar melalui platform perkhidmatan eg Tukar guru Online ini serta tidak lupa juga di Selangor. Jadi, mana-mana kalangan guru-guru yang berasal negeri-negeri tersebut perlu menunggu dan terus menunggu gilirannya kadang-kadang sehingga bertahun-tahun lamanya, apatah lagi jika nisbah guru yang memohon untuk keluar masuk sangatlah tidak seimbang.

eg tukar online
 
KLIK SINI UNTUK SISTEM EG-TUKARhttp://apps.moe.gov.my/epgo/

Kami percaya bukanlah tugas yang mudah, lebih-lebih lagi ia melibatkan aspek sumber manusia seperti tukar guru ini. Jadi guru yang benar-benar layak sahaja diutamakan dalam permohonan pertukaran eG Tukar ini. Tetapi apabila bercakap soal realiti yang berlaku hari ini, apabila permohonan tukar guru sangatlah tinggi tetapi malangnya kekosongan yang ada sangat terhad menyebabkan ramai kalangan guru-guru yang dilihat “benar-benar layak & berhak untuk mendapat pertukaran tempat mengajar” diketepikan & ditolak permohonan eG Tukar.
Oleh sebab itulah, Tan Sri Muhyiddin Yaasin memerlukan bantuan anda….

eG tukar : Yang Mahu Balik ke Kelantan Sahaja Seramai 2,898 orang

KOTA BHARU – Permohonan yang terlalu banyak untuk berpindah daripada guru-guru menghalang Kementerian Pelajaran menyelesaikan perkara itu dalam masa singkat. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagaimanapun perhatian sewajarnya sentiasa memberikan terhadap permohonan dikemukakan guru-guru yang datang dari seluruh negara itu.
“Tahun ini sahaja, sebanyak 20,000 permohonan untuk berpindah diterima daripada guru- guru di seluruh negara, namun tidak semuanya dapat dipenuhi. “Masalah paling ketara kita hadapi adalah pemahaman mengenai pertukaran guru, daripada jumlah permohonan diterima, yang mahu balik ke Kelantan sahaja seramai 2,898 orang,” katanya ketika berucap pada impunan Guru Muda 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, salah satu cadangan dipertimbangkan oleh kementerian itu adalah menghantar guru-guru yang baru menamatkan latihan kembali ke negeri asal masing-masing.
“Tolong nasihatkan saya, apa yang harus dilakukan bagi menyelesaikan masalah ini, kerana setiap tahun antara 10,000 sehingga 20,000 permohonan berpindah diterima, dan ia bukan sahaja untuk balik ke Kelantan, malah orang Johor hendak ke Johor, orang Sabah dan Sarawak bertanya kenapa mereka dihantar ke Semenanjung,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan