Isnin, 22 Oktober 2012

MENGESAN BARANG SIHIR

Antara kaedah yang sering digunakan adalah:

KAEDAH 1

1) Al Kautsar: 1-3:  9/11x
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ (١)فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ (٢)إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ (٣)


1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang banyak (di dunia dan di Akhirat).
2. oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya).


2) Al Mulk : 14 : 11/13x


أَلا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ (١٤)

14. tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!

KAEDAH 2






KAEDAH 3


7 Mubin (Bukan Yasin 7 Mubin)

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.

“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.

“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
 
 
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),



Secara amnya, kaedah-kaedah di atas adalah antara kaedah yang digunakan perawat untuk mengesan barang-barang sihir. InsyaALLAH, kaedah jelas akan diperbincangkan kelak.

Para pembaca yang dihormati,

Tujuan saya berkongsi kaedah ini tidak lain dan bukan selain untuk menjelaskan bahawa ilmu ALLAH adalah tidak bertepi dan tidak pernah sempit selain disempitkan sendiri oleh perenang-perenang lautan ilmu atas sikap putus asa dalam berikhtiar. NauzubILLAH.

Selagi ada hayat yang ALLAH pinjamkan, selagi itulah kita harus terus berusaha mencari ikhtiar.

InsyaALLAH, ada peluang, akan diterangkan lebih lanjut perihal mengesan barang-barang sihir.

Semoga mendapat manfaat dari ALLAH ke atas sesama kita. InsyaALLAH.

Yang baik dari ALLAH, yang buruk jua adalah ketentuan dariNYA atas hakikat bahawa saya hanyalah hambaNYA yang tidak berdaya dan daif tanpa dengan izin dan kehendak dariNYA.

Tiada ulasan:

Catat Komen