Doa-doa Penawar |
Letakkan tangan anda ke tempat yang sakit lalu baca doa di bawah. |
Jika orang lain yang sakit, letakkan tangan anda ditempat yang sakit |
lalu berdoa seperti di bawah: |
بسم الله الر حمن الر حيم |
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
(Dibaca 3 kali) |
اَعُوذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَبِقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِمَا اَجِدُ وَاُحَاذِرُ |
Aku berlindung dengan kebesaran Allah dan kekuasaanNya |
dan kejahatan apa yang aku deritai dan aku khuatirkan |
Sisakit hendaklah memperbanyakkan bacaan berikut : |
لا اِلهَ اِلا اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ وَحْدَهُ |
لا شَرِيْكَ لَهُ , لا اِلهَ اِلا اللهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ |
لا اِلهَ اِلا اللهُ ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِاللهِ |
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar |
Tiada Tuhan melainkan Allah sendiriNya |
Tiada sekutu bagiNya, Tiada Tuhan melainkan Allah |
bagiNyalah Pemerintahan dan Kerajaan dan bagiNya segala pujian |
Tiada Tuhan melainkan Allah |
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah |
Rasulullah s.a.w. menyapukan tangan baginda ketubuh ahli keluarga |
yang sakit dengan tangan kanan lalu membaca |
اَللهُمَّ رَبِّ النَّاسِ مَذْهِبَ البَأسِ اِشفِ اَنْتَ الشَّافِى |
لا شَافِى اِلا اَنْتَ شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمَا |
Ya Allah, Tuhan segala manusia, yang menghilangkan penyakit |
sembuhkanlah. Engkaulah penyembuh selain Engkau |
sembuh yang tidak meninggalkan sakit lagi |
Riwayat Muslim |
Doa untuk menyembuh bisul dan ketumbuhan |
اَللهُمَّ مُصَغَرَ الْكَبِيرِ وَمُكَبِّرَ الصَّغِيرِ صَغِّرْ مَابِى |
Ya Allah , Tuhan yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil |
kecilkanlah apa yang tumbuh pada badanku. |
Doa untuk sembuhkan pening dan demam |
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ |
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ |
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, |
Dengan nama Allah yang Maha Besar |
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah |
dan dari kejahatan kepanasan neraka |
Doa sebelum makan/minum ubat |
بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ |
أَذْهِبِ الْبَائْسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى |
َلا شَافِىَ اِلا اَنْتَ اَللهُمَّ اِنِّى اَسْئَلُكَ الْعَافِيَةَ |
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Wahai Tuhan manusia, hilangkanlah derita, sembuhkanlah, |
Engkaulah yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh kecuali Engkau |
Ya Allah aku mohon sihat afiat kepadaMu |
Doa selepas makan/minum ubat |
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِى كَفَانَا وَاَرْوَانَا غَيْرَمَكْفِيَ وَلا مَكْفُورِ |
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kami kecukupan |
dan kepuasan yang tidak terabaikan dan tidak tertolak |
Doa supaya lekas sembuh |
اَسْاَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ اَنْ يَشْفِيَنِى شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا |
Aku mohon kepada Allah yang Maha Agung agar menyembuhkanku |
benar-benar sembuh yang tidak terabaikan dan tidak tertolak. |
Allah menjadikan penyakit dan Allah telah menyediakan penawarnya |
Berusahalah mencari penawar. |
Iringi dengan doa dan tawakkal kepada Allah |
Isnin, 29 Oktober 2012
DOA-DOA PENAWAR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan