Korban
 Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala. Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Pensyari'atan Dan Hikmahnya
Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai  tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2) 
Hikmah disyari‘atkan korban ialah sebagai tanda bersyukur  kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai  dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berkorban dan juga mereka yang lain.
Korban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih korban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.
Hukum Melakukan Korban
Hukum melakukan korban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)
Pembahagian Ibadah Korban
Terdapat dua jenis Korban iaitu korban wajib dan korban sunat.- 
    Korban  Wajib
 - 
    Korban Nazar. 
 
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir. Binatang yang dibelikan untuk tujuan korban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk dikorbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berkorban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.
Korban Sunat
Korban sunat ialah korban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan korban.
Syarat-Syarat Korban
Syarat korban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:
- Syarat Wajib/Sunat Korban.
 - Syarat Sah Korban.
 - Syarat Mereka Yang Dituntut Berkorban.
 
- Untuk dijadikan ibadah korban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
 - Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang korban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan korban tersebut.
 - Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
 
Syarat Sah Korban
- Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.
 - Hendaklah korban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.
 - Hendaklah disembelih oleh orang Islam.
 - Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
 
- Islam.
 - Merdeka.
 - Aqil Baligh.
 - Bermukim atau Musafir.
 - Berkemampuan.
 
Waktu bagi menyembelih korban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan korban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (korban) ini sedikit pun.”
Binatang Korban
Perbincangan tentang binatang korban ini meliputi empat perkara :- Jenis binatang yang diqurban.
 - Umur binatang korban.
 - Kadar binatang yang disembelih.
 - Sifat–sifat binatang korban.
 
- 
     Jenis Binatang Yang Dikorban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah korban tidak sah  kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu
 binatang jinak yang  berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, 
kambing biri–biri dan semua yang  termasuk dalam jenisnya, sama ada 
jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berkorban  dengan menggunakan 
binatang yang lain daripada binatang an‘am ini  seperti kerbau liar dan kijang.  - 
    Umur Binatang Korban
Umur binatang yang hendak dikorbankan berbeza-beza  mengikut jenis binatang iaitu:
  
   - Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
 - Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
 - Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
 - Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan korban.
 - 
    Kadar  Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing  atau 
kibasy hanya mencukupi sebagai korban untuk seorang sahaja. Seekor unta 
 atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang. Ini  
berdasarkan hadith Jabir: - 
    Sifat–Sifat  Binatang Korban
Sifat–sifat binatang korban sama ada betina atau jantan  yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:
  
   - Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
 - Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
 - Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
 - Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang korban itu:
 - Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
 - Bertanduk.
 - Putih warna bulunya (pada kibasy).
 - Jantan.
 
Firman Allah subhanahu wata‘ala:

Maksudnya:
Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
Kami syari‘atkan ibadah menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)
Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan  daripada 
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang  menunjukkan 
mereka berkorban dengan binatang selain daripada binatang-binatang  
ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana korban merupakan satu ibadah yang  dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.Adapun binatang yang lebih afdhal dikorban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.
Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berkorban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berkorban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”
“Kami berkorban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”
Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengorbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”
Sifat yang makruh pada binatang korban:
- Rabit telinganya.
 - Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
 - Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
 - Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
 - Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
 - Kabur penglihatannya.
 
Perkara Sunat Ketika Berkorban
- Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
 - Digantung tanda pada binatang yang hendak dikorbankan.
 - Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
 - Disunatkan juga orang yang berkorban menyembelihnya.
 - Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih korban.
 - Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan korban.
 - Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
 - Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
 - Sunat bagi mereka yang mahu melakukan korban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berkorban.
 - Binatang korban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.
 - Sunat ketika sembelihan korban dilakukan adalah seperti berikut:
 - Membaca basmalah.
 - Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
 - Binatang diarahkan ke arah qiblat.
 - Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
 - Berdoa.
 - 
    Orang yang berkorban hendaklah membaca doa seperti  berikut :
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan  dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.” - 
    Sunat  wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:
“Dengan nama Allah dan Engkau Yang  Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu.Terimalah Ya  Allah daripada si pulan, si pulan.....” 
Perkara Makruh Ketika Berkorban
- 
    Berlaku kasar kepada binatang yang hendak dikorbankan  seperti 
mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau  
seumpamanya.
 - 
    Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil  sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan korban.
 - 
    Tidak  menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
 - 
    Bercukur  atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan korban  selesai dijalankan.
 - 
    Binatang  yang telah dibeli untuk tujuan korban adalah makruh dijual kerana ia telah  ditentukan untuk korban. 
 
Hukum Daging Korban
- 
    Korban yang wajib iaitu  yang dinazarkan ataupun yang ditentukan 
sama ada dengan menyebut, “Ini  adalah korban”, maka orang yang 
berkorban tidak boleh memakannya. Dia wajib  menyedekahkan semuanya 
sekali. 
 - 
    Anak  kepada binatang korban yang ditentukan juga, perlu 
disembelih seperti ibunya,  tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya 
oleh tuan yang mengorbankannya kerana  disamakan dengan hukum susu, 
kerana tuannya harus meminum susu binatang korban  yang selebih daripada
 anaknya walaupun perbuatan itu makruh.
 - 
    Bagi  korban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang 
afdhalnya dia hendaklah  memakannya beberapa suap sebagai mengambil 
berkat.Ini bersesuaian  dengan firman Allah subhanahu wata‘ala: 

Maksudnya:
Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.(Surah Al-Hajj, 22:28) - 
    Hadith  yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut 
bahawa Rasulullah sallallahu  ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian 
daripada hati binatang korbannya.  Hukum memakan daging korban pula 
tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu  wata‘ala
 

Maksudnya:
Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada 
fakir miskin Makkah itu)  sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu,
 pada menyembelih unta yang  tersebut ada kebaikan bagi kamu.
(Surah Al-Hajj, 22:36)
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan  untuk kita. 
Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi  pilihan 
sama ada mahu memakannya atau tidak.- 
    Orang  yang berkorban juga boleh menjamu kepada kalangan yang 
kaya, tetapi tidak boleh  diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma 
dihantar kepada mereka sebagai  hadiah yang mana mereka tidak akan 
menjualnya atau sebagainya
. - 
    Mengikut  pendapat dalam qawl jadid, orang yang berkorban boleh 
memakan sebahagian  daripada korbannya. Mengikut qawl qadim pula harus 
memakan sebanyak  separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.
 - 
    Sebahagian  ulama’ berpendapat daging korban dibahagikan kepada 
tiga bahagian iaitu 1/3  daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 
daging dimasak dan dibuat jamuan  dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang
 berkorban. 
 - 
    Pendapat  yang asahpula, adalah wajib bersedekah dengan 
sebahagian daripada  daging korban walaupun sedikit kepada orang Islam 
yang fakir walaupun seorang.  Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal 
hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali  memakannya beberapa suap 
untuk mengambil keberkatan seperti yang telah  dijelaskan.
 - 
    Bagi  korban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada 
bersedekah dengan kulit  binatang tersebut atau menggunakan sendiri, 
seperti mana dia harus mengambil  faedah daripada binatang itu semasa 
hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih  afdhal. Bagi korban yang 
wajib  pula, kulit binatang itu wajib  disedekahkan.
 - 
    Korban  juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan  dalam masalah membawa keluar zakat. 
 
Sumber : www.al-azim.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan