Rabu, 17 Oktober 2012

Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Mata Pelajaran


 
Tanggungjawab Umum                                                                                                      

1.    Membantu Pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan program   kecemerlangan   khusus kepada mata pelajaran berkaitan di sekolah.

2.    Menggalakkan guru-guru mata-pelajaran memperbaiki atau membina  kompetensi, sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah dalam pengurusan kurikulum.


Bidang tugas

1.    Mengetuai panitia mata pelajaran serta menganggotai Jawatankuasa  Kurikulum Sekolah.

2.    Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran berkaitan termasuk pencerapan P&P.

3.    Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua pihak yang lain mengenai segala hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan.

4.    Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelas-kelas yang berkenaan.

5.    Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat tahu  tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pencapaian.

6.    Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa  mengetahui perubahan yang berlaku.

7.    Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang terbaru daripada Setiausaha peperiksaan/Pengetua.

8.    Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan serta memberi perhatian berat tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.

9.    Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan.

10.  Membantu Pengetua memeriksa/menyemak gerakerja pelajar-pelajar dalam mata pelajaran berkaitan.

11.  Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkaitan dan    memikirkan cara-cara untuk memajukan pencapaian dari semasa ke semasa.

12.  Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata pelajaran serta memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.

13.  Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli untuk perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber  .

14.  Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku kerja/tambahan yang perlu digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap tingkatan.

15.  Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.

16.  Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan seterusnya menyerahkan kepada Guru  Pusat Sumber sebagai bahan rujukan.

17.  Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini kenyataan khas  mata pelajaran berkaitan.

18.  Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim sekolah).

19.  Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam pendidikan mata pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan.  Dalam perkataan lain, Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.

20.  Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari semasa ke semasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan