Isnin, 4 September 2017

3.0 SUMBER PERNIAGAAN


3.0 SUMBER PERNIAGAAN

3.1 Pengurusan Sumber Manusia

3.1.1      Menyatakan definisi pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
3.1.2      Menjelaskan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan.
3.1.3      Mengaplikasikan peranan pengurusan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
3.1.4      Menganalisis aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan yang mampan.
3.1.5      Menilai hubungkait antara kemahiran kebolehkerjaan yang perlu dimiliki pekerja dengan kejayaan sesebuah perniagaan.
3.1.6      Mencipta satu struktur organisasi dalam sebuah perniagaan.
3.1.7      Mencadangkan idea baharu bagi satu sistem penggajian berpandukan struktur organisasi yang dibina.

3.2  Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi

3.2.1      Menjelaskan tujuan mengurus sumber fizikal  yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan.
3.2.2      Menghuraikan prosedur mengurus sumber fizikal yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan.
3.2.3      Menjelaskan tujuan mengurus sumber teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan
3.2.4      Menghuraikan prosedur  mengurus sumber  teknologi yang diperlukan dalam operasi sesuatu perniagaan
3.2.5      Mengaplikasikan pengetahuan pengurusan sumber fizikal dan sumber teknologi dalam satu perniagaan yang mampan.
3.2.6      Membandingkan kesan pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi perniagaan.
3.2.7      Membuat rumusan perkaitan di antara pengurusan sumber fizikal dan teknologi dalam mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi perniagaan.

3.3  Sumber Pembiayaan Perniagaan

3.3.1      Mengenal pasti sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.
3.3.2      Menghuraikan jenis pembiayaan dalaman dan luaran yang sesuai untuk sesebuah perniagaan.
3.3.3      Menyelesaikan keperluan pembiayaan bagi sesebuah perniagaan.
3.3.4      Membandingkan kekuatan dan kelemahan jenis pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.
3.3.5      Menghuraikan prosedur mendapatkan sumber pembiayaan untuk sesebuah perniagaan.
3.3.6      Membuat justifikasi jenis pembiayaan yang sesuai digunakan untuk memulakan sesebuah perniagaan

3.4  Penyata Kewangan Perniagaan

3.4.1      Menjelaskan definisi penyata kewangan.
3.4.2      Mengenal pasti setiap butiran dalam penyata kewangan
3.4.3      Menghuraikan pihak-pihak yang berkepentingan kepada penyata kewangan sesebuah perniagaan.
3.4.4      Menganalisis kegunaan penyata kewangan terhadap operasi kewangan sesebuah perniagaan.
3.4.5      Mentafsir penyata kewangan menggunakan Nisbah Asas.
3.4.6      Membuat justifikasi terhadap kedudukan kewangan sesebuah organisasi berdasarkan peratus nisbah- nisbah berdasarkan penyata kewangan yang diberi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan