Isnin, 4 September 2017

BAB 1 : CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN : BAHAGIAN A dan B



Bahagian A

Contoh Soalan (TP1)
Senaraikan enam komponen utama dalam konsep asas perniagaan                                   [6 markah]

Jawapan
Enam komponen utama dalam konsep asas perniagaan ialah:
1.     Barangan dan Perkhidmatan
2.     Memuaskan  Keperluan  dan Kehendak Pengguna
3.     Pertukaran Nilai
4.     Keuntungan Perniagaan
5.     Penjual dan Pembeli
6.     Kontrak Perniagaan

Contoh Soalan (TP1)
Nyatakan tiga kaedah yang digunakan oleh OBBU untuk menjalankan perniagaan.                [3 markah]

Jawapan:
Tiga kaedah yang digunakan oleh OBBU untuk menjalankan perniagaan ialah:
1.     Secara percuma

2.     Jualan pada harga kos

3.     Jualan pada harga di bawah kos


Contoh Soalan (TP1)

Jelaskan lima kepentingan untung kepada organisasi perniagaan                              [5 markah]


Jawapan:

Lima kepentingan untung kepada perniagaan ialah:
·         Membantu mengukur tahap prestasi dan hala tuju perniagaan
·         Membantu mengembangkan perniagaan pada masa hadapan
·         Melambangkan serta meningkatkan imej perniagaan
·         Memudahkan  pemilik  menarik pelaburan baru
·         Membolehkan perniagaan menjalankan  tanggungjawab  sosial




Contoh Soalan (TP2)

Nyatakan lima kandungan dalam perjanjian perkongsian.                                           [5 markah]

Jawapan:
lima kandungan dalam perjanjian perkongsian ialah:
1.     Nama firma
2.     Nama semua rakan kongsi
3.     Jenis dan tempat perniagaan
4.     Nisbah pembahagian untung rugi
5.     Cara menamatkan perniagaan 

Bahagian B

contoh soalan 

Maklumat di bawah  ini berkaitan dengan sebuah perniagaan

 


·    Nama perniagaan    : Farmasi Murni
·         Bentuk pemilikan    : Sendirian Berhad
·         Aktiviti perniagaan  : Menjual pelbagai jenis ubat dan peralatan perubatan
·         Modal berbayar                                : RM250 000
·         Bilangan pekerja  tetap                   : 25 orang
·         Jumlah jualan pada tahun 2017     : RM550 000


Terangkan klasifikasi perniagaan seperti yang dijelaskan dalam pernyataan di atas  [6 markah]  

Jawapan

klasifikasi perniagaan tersebut ialah:
·         diklasifikasikan sebagai perniagaan bersaiz kecil
·         terlibat dalam sektor ketiga (primer)
·         perniagaan perkhidmatan, iaitu membeli dan menjual ubat dan peralatan perubatan
·         mempun yai jumlah jualan  tahunan  antara RM300 000 hingga kurang daripada RM3 juta
·         bilangan pekerja tetap antara 5 hingga kurang daripada 30 orang
·         jumlah tahunannya ialah RM550 000 dan bilangan pekerja tetap ialah 25 orang.


1
1
1

1

1
1
1

Maks:6m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan